Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

Saturday, November 3, 2012

Program Mesra bersama Pelanggan PTPTN


KUALA LUMPUR, 30 Okt –  Dua orang wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar USIM, Muhammad Safwan Hamdy dan Fatimah Azzahra’ Harolizam telah dijemput untuk hadir ke Program Mesra bersama Pelanggan PTPTN  anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada majlis tersebut telah berlangsung Pembayaran Balik Pembiayaan kepada Penerima Kelas Pertama PTPTN dan Penyampaian Hadiah Pemenang Simpanan Bonanza SSPN-I serta meraikan ulangtahun ke-15 PTPTN.Seramai 20 orang menerima pembayaran balik pembiayaan kepada penerima kelas pertama peminjam PTPTN (2005-2010.). Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi PTPTN dan telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.telah menegaskan bahawa PTPN tidak akan dimansuhkan kerana masih relevan serta berperanan dalam usaha kerajaan menjadikan negara ini sebagai pusat pengajian dunia dan serantau. Beliau berkata pihak yang mengutarakan isu pendidikan percuma serta menghapuskan PTPTN sebenarnya keliru dengan peranan badan itu yang bukan sekadar memberi pinjaman kepada pelajar untuk membayar yuran pengajian.

Katanya, hanya 30 peratus daripada pinjaman digunakan pelajar untuk membayar yuran manakala selebihnya bagi menampung kos sara hidup.Bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi swasta (IPTS), Mohamed Khaled berkata mereka amat memerlukan pinjaman untuk membiayai pengajian kerana kerajaan tidak menyediakan yuran kepada IPTS untuk beroperasi.

Sementara itu, beliau berkata ibu bapa juga digalakkan menyimpan sebahagian pendapatan mereka dalam SSPN-i bagi membiayai pengajian tinggi anak mereka.Katanya, skim itu juga membantu pelajar mengurangkan jumlah pinjaman untuk melanjutkan pengajian.Sehingga 30 Sept, seramai 13,192 peminjam telah diberi pengecualian bayaran balik kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf, melibatkan jumlah pelupusan sebanyak RM374.99 juta.


0 ulasan:

Post a Comment