Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, October 3, 2012

Keselamatan Luar Kampus: MPP Bertemu Bahagian Keselamatan USIM




27 Sept, Nilai - Dua orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar USIM iaitu, saudara Mohamad Razif Mohamad Fuad dan Nazmin Yusoff telah bertemu dengan Encik Rozaimi Kamaruddin, Penolong Pegawai Keselamatan, Unit Operasi dan Pembangunan Staf dan Encik Hazrul Fareeza Harun, Penolong Pendaftar USIM. Beberapa aduan dan perbincangan telah diadakan bagi mengetengahkan aduan daripada pelajar serta usaha untuk mendapatkan penjelasan dari pihak Bahagian Keselamatan.

Isu Keselamatan Siswa/i Luar Kampus
1. Pihak Bahagian Keselamatan mendapat beberapa aduan berkenaan kes baru2 ini. Cuma, ada diantaranya lambat dimaklumkan. Mangsa lebih memilih utk berdiam diri daripada membuat laporan.

2. Satu Taklimat Keselamatan anjuran MPP USIM akan diadakan pada minggu hadapan pada 10 Oktober 2012 (Rabu) untuk siswa/i yang tinggal di luar kampus. Taklimat tersebut akan dihadiri oleh wakil dari Bahagian Keselamatan USIM dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai. Sticker yg tertera no Hotline USIM akan diedarkan pada taklimat tersebut

3. Pihak Bahagian Keselamatan meminta kepada siswa/i yang menjadi mangsa kecurian, rompakan dan gangguan seksual supaya SEGERA membuat laporan dan tidak menangguhkannya.

4. Pihak HEP boleh menyediakan terapi kaunseling bagi siswi yang mengalami trauma akibat kes2 sebegini. Sila rujuk ke Bahagian HEP utk maklumat lanjut.

Isu Pelekat Kenderaan
1. Bahagian Keselamatan akan meneliti semula laporan dari seorang siswa yang menyatakan polisi Bahagian Keselamatan kini, hanya satu pelekat kenderaan dibenarkan walaupun mempunyai dua kenderaan (kereta dan motor). Sebarang keputusan akan dimaklumkan kelak.

Sebarang aduan, sila klik http://srcusim.blogspot.com/p/online-complaint-form.html

0 ulasan:

Post a Comment